1) Adalah dimaklumkan, YBrs. Ar. Sharina Intan binti Abdullah, Pengarah Reka Bentuk, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah Kanan memangku Arkitek Gred Utama B di Cawangan yang sama . Sehubungan itu, YBrs Tuan Mohd Amir bin Mohd Dali diarah menjalankan tugas Pengarah Reka Bentuk, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Tuan berkuat kuasa pada 28/10/2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
2) Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria, Pengarah Bahagian Inovasi, Pembangunan dan Penyelidikan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah dilantik sebagai Pengarah Kanan memangku Jurutera Awam Gred Utama B di Cawangan yang sama. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Dr. Hj. Abdul Murad bin Zainal Abidin diarah menjalankan tugas Pengarah Bahagian Inovasi, Pembangunan dan Penyelidikan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Dr. berkuatkuasa pada 28/10/2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
3) Adalah dimaklumkan YBrs. Ir. Suhaili bin Mansor, Pengarah Reka Bentuk, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah Kanan memangku Jurutera Mekanikal Gred Utama B di Cawangan yang sama. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Sulaiman bin Kamari di arah menjalankan tugas Pengarah Reka Bentuk, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. berkuatkuasa pada 28/10/2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
4) Adalah dimaklumkan , YBrs. Ir Maria binti Marcus, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Memangku Jurutera Awam Gred Utama B di Cawangan Aset Bersepadu Ibu Pejabat JKR Malaysia. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Zamilah Binti Said diarah menjalankan tugas Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan termasuk sebagai Pengarah Penguasa (PO) dan Pengarah Projek (PD), dimana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs Ir. berkuatkuasa 28/10/2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki
- 4070 bacaan