Date: Khamis, March 24, 2022

Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Sr Dr. Rozina binti Mohd Zafian, Pengarah, Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah dilantik sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, memangku Juru Ukur Bahan Gred Utama C Khas Untuk Penyandang (KUP) pada 11 Mac 2022.

Sehubungan itu, YBrs. Haji Mohd Noh bin Karim diarah menjalankan tugas Pengarah, Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) di samping menjalankan tugas hakiki beliau berkuatkuasa pada 17 Mac 2022 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.