Date: Selasa, April 27, 2021

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Alfred Sim Seck Puan, Pengarah, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR yang bersara Wajib pada 27 April 2021. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Mohamad Darus Bin Selamat, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu diarah menjalankan tugas Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir Mohamad Darus berkuatkuasa mulai 27 April 2021 sehingga jawatan diisi secara hakiki.

 

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, adalah dirujuk kepada beliau