Date: Isnin, April 21, 2025

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Noor Ashikin binti Md Tamimi, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah bersara wajib pada 10 April 2025. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Zularifin bin Sejo diarah menjalankan tugas Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Zularifin bin Sejo berkuatkuasa pada 11 April 2025 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat