Date: Sabtu, April 4, 2020


Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Azizul bin Ariffin, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, telah bersara wajib mulai 6 April 2020. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Jayanthi Rathna Packiam a/p J. Thangam, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO), Pengarah Projek (PD) dan Pegawai Penguasa Fasiliti (FSO), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 6 April 2020 sehingga jawatan di isi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan adalah dirujuk kepada beliau.