Date: Khamis, Januari 17, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Dr. Nor Shahrene Binti Mohd Ibrahim, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Alam Sekitar Dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Alam Sekitar Dan Kecekapan Tenaga termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki berkuatkuasa pada 3 Disember 2018 sehingga pegawai kembali bertugas.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan adalah dirujuk kepada beliau.