Date: Jumaat, November 8, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Wan Zailawati binti Wan Ishak, Arkitek Penguasa, Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah  Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 1 November 2019 sehingga 29 November 2019.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga adalah dirujuk kepada beliau.