Date: Khamis, Jun 17, 2021

Adalah dimaklumkan, YBrs. Puan Farah binti Abdul Samad, Pengarah, Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga telah bercuti rehat bagi menjalani rawatan kesihatan mulai 14 Jun 2021. Sehubungan itu, YBrs. Puan Faizah binti Ibrahim diarah menjalankan tugas Pengarah, Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki puan berkuatkuasa mulai 14 Jun 2021 sehingga YBrs. Puan Farah binti Abdul Samad kembali bertugas semula.