Date: Khamis, Oktober 28, 2021

Adalah dimaklumkan, YBrs. Puan Farah binti Abdul Samad, Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR sedang bercuti sakit dan masih menerima rawatan di Pusat Pakar Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Sehubungan itu, YBrs. Encik Nazmi bin Jaafar diarah menjalankan tugas Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki beliau berkuatkuasa pada 1 November 2021 sehingga YBrs. Puan Farah binti Abdul Samad kembali bertugas.