Date: Selasa, Ogos 4, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Puan Mastura binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, telah bersara wajib pada 2 Ogos 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Suhaili bin Mansor, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Bahagian Sekretariat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 3 Ogos 2020 sehingga jawatan diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat adalah dirujuk kepada beliau.