Date: Khamis, September 30, 2021

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Haji Abd Rahman bin Pandi, Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Cerun , Ibu Pejabat JKR akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advance Leadership and Management Programme – ALMP) Siri 71 Bilangan 4/2021 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 01 Oktober sehingga 29 Oktober 2021.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Kaniah binti Ambak diarah menjalankan tugas Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Kaniah binti Ambak berkuatkuasa pada 01 Oktober 2021 sehingga 29 Oktober 2021.