Date: Isnin, March 2, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Haji Zulkifly bin Ghani, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun, telah bersara wajib pada 18 Februari 2020. Sehubungan itu, YBrs. Encik Mustafa Kamal bin Shamsuddin, diarah menjalankan tugas Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki tuan berkuatkuasa pada 18 Februari 2020 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan Cerun adalah dirujuk kepada beliau.