Date: Rabu, Ogos 12, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Razali bin Che Embi, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR telah bersara wajib pada 30 Julai 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Edayu binti Saleh @ Aman, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Unit Bahagian Rekabentuk Geoteknik 2, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 30 Julai 2020 sehingga jawatan diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik adalah dirujuk kepada beliau.