Date: Rabu, Ogos 12, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Haji Dzarif bin Yaacob, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advanced Leadership and Management - AMLP) Siri 66, Bilangan 2 Tahun 2020 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara mulai 7 Ogos-4 September 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Che Aziz bin Derasid, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 4, Cawangan Kerja Keselamatan diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 7 Ogos 2020 sehingga 4 September 2020.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan adalah dirujuk kepada beliau.