Date: Khamis, September 5, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ar. Azman Bin Md. Hashim, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 30 Ogos 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan adalah dirujuk kepada beliau.