Date: Khamis, Jun 10, 2021

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Pengarah, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR akan mula bercuti rehat pada 9Jun 2021 seterusnya akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama [Advance Leadership and Management Programme – ALMP] Siri ke 2 Tahun 2021 di Institut Tadbiran Awam Negara [INTAN], Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 18 Jun 2021 sehingga 16 Julai dan akan bercuti rehat pada 17 Julai 2021 sehingga 25 Julai 2021.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Abduldan bin Adtong diarah menjalankan tugas Pengarah, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Abduldan bin Adtong berkuatkuasa mulai 9 Jun 2021 sehingga 25 Julai 2021.