Date: Isnin, Mei 29, 2023

Adalah dimaklumkan,YBhg. Dato' lr. Dr. Balamurugan a/I Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advance Leadership and Management Programme - ALMP) Siri 77, Bil 2/2023 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 26 Mei 2023 sehingga 23 Jun 2023.

Sehubungan itu, YBrs. Sr Norlela binti Mat Nasir, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Portfolio, Cawangan Kerja Pendidikan diarah menjalankan tugas Pengarah, Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki beliau, berkuatkuasa pada 26 Mei 2023 sehingga 23 Jun 2023.