Adalah dimaklumkan bahawa Pengarah-Pengarah di Cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Pengarah JKR Negeri Selangor akan menghadiri Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) Siri 82 Bil. 4/2024 di Institut Tadbiran Awam Negara, Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 20 September 2024 sehingga 18 Oktober 2024.
Sehubungan itu, pegawai-pegawai di bawah telah diarah untuk menjalankan tugas Pengarah bagi pejabat masing-masing, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki berkuatkuasa pada 20 September 2024 sehingga 18 Oktober 2024.
Pengarah Yang Terlibat | Pegawai Yang Menjalankan Tugas | Cawangan/Negeri |
YBrs. Ir. Haji. Shukri bin Ishak | YBrs. Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria | Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor |
YBrs. Ir. Suzzana binti Punari | YBrs. Ir. Hurolaine binti Che Ab Aziz | Pasukan Projek Khas 1, Ibu Pejabat Kerja Raya |
YBrs. Ir. Zuraidah binti Muhamad | YBrs. Ir. Siti Nor binti Hassan | Perunding Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat Kerja Raya |
- 2985 bacaan