Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Haji Mohd Said bin Sidik , Timbalan Pengarah, JKR Negeri Johor, telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 22 Oktober 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor adalah dirujuk kepada beliau.
- 2560 bacaan