Date: Isnin, April 25, 2022

Adalah dimaklumkan, YBrs. Tuan Haji Ibrahim bin Ahmad, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah bercuti rehat mulai 24 April 2022 seterusnya bersara wajib pada 11 Mei 2022. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Chua Lee Hwa di arah menjalankan tugas sebagai Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Chua Lee Hwa berkuatkuasa pada 24 April 2022 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.