Date: Jumaat, September 27, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Encik Nik Soh Bin Yaacoub, Jurutera Awam Penguasa, JKR Negeri Kelantan, telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah JKR Negeri Kelantan, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 27 September 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan adalah dirujuk kepada beliau.