Date: Khamis, September 19, 2024

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Mohd Suhaili bin Ismail, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan telah bersara wajib pada 17 September 2024.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Haji Zakaria Bin Semail diarah menjalankan tugas Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Haji Zakaria Bin Semail berkuatkuasa pada 17 September 2024 sehingga jawatan diisi secara hakiki.