Date: Rabu, September 30, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Tuan Haji Roslan bin Abd Ghani, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri perak, Bersara Wajib pada 22 September 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Haji Hamdan Bin Ali, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak diarah menjalankan tugas Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, termasuk Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), dimana yang berkenaan di samping menjalan tugas hakiki YBrs. Ir berkuatkuasa mulai 22 September 2020 sehingga jawatan diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, adalah dirujuk kepada beliau.