Date: Rabu, April 30, 2025

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Haji Zamri bin Mat Kasim, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak akan mengikuti Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) Siri 84 Bilangan 2 Tahun 2025 pada 25 April 2025 sehingga 23 Mei 2025 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Klara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. diarah menjalankan tugas Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Farrid bin Jamaludin berkuatkuasa pada 25 April 2025 sehingga 23 Mei 2025

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat