Date: Khamis, September 30, 2021

Adalah dimaklumkan, YBrs. Tuan Haji Zulkipli bin Haji Nasri, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advance Leadership and Management Programme – ALMP) Siri 71 Bilangan 4/2021 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 01 Oktober sehingga 29 Oktober 2021 seterusnya bercuti rehat pada 01 November 2021.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Haji Hamdan bin Ali diarah menjalankan tugas Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Haji Hamdan bin Ali berkuatkuasa pada 29 September 2021 sehingga 01 November 2021.