Date: Jumaat, Jun 4, 2021

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Syed Zubir bin Syed Husin, Pengarah JKR Negeri Perlis telah dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Awam Penguasa Kanan, Gred 54 di Pasukan Projek Persekutuan Negeri Perak mulai 24 Mei 2021 dan beliau telah mendapat pelepasan menjalankan tugas sehingga 3 Jun 2021. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Amalludin bin Zolkifli diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah JKR Negeri Perlis termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Berkuatkuasa mulai 4 Jun 2021 sehingga jawatan Pengarah JKR Negeri Perlis diisi.