Date: Rabu, September 30, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Yusuf bin Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu bercuti rehat pada 27 September 2020 sehingga 1 Oktober 2020 seterusnya  akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advanced Leadership and Management Programme - ALMP) Bilangan 3 Tahun 2020 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2020 hingga 30 Oktober 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Jasmi bin Wahab, Timbalan PEngarah (Pembangunan) diarah menjalankan tugas Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 27 September 2020 sehingga 30 Oktober 2020.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu adalah dirujuk kepada beliau.