Date: Jumaat, April 12, 2024

Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Asha’ari Bin Hj. Hasan, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya bersara wajib pada 12 April 2024. Sehubungan dengan itu, YBrs. Tuan Robert Anak Albert Girik akan menjalankan tugas Pengarah, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Tuan Robert Anak Albert Girik berkuatkuasa mulai 12 April 2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.