Date: Selasa, Julai 28, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Zailan bin Ab Rahman, Pengarah JKR Negeri Kelantan, telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Konsultatif dan Referal Teknikal di Jabatan Perdana Menteri mulai 6 Julai 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Mohd Suhaili bin Ismail, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Persekutuan, JKR Negeri Kelantan diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah JKR Negeri Kelantan, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2020 sehingga jawatan diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah JKR Negeri Kelantan adalah dirujuk kepada beliau.