Date: Isnin, Februari 24, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Haji Othman bin Nordin, Pengarah JKR Negeri Pahang telah bersara wajib pada 23 Februari 2020. Sehubungan dengan itu, YBrs. En. Suhaimi bin Jamaludin telah diarah untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah JKR Negeri Pahang, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 23 Februari 2020  sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah JKR Negeri Pahang adalah dirujuk kepada beliau.