Date: Rabu, November 29, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia telah mengeluarkan arahan menjalankan tugas Pengarah JKR Negeri Perak seperti berikut;

YBrs. Ir. Abu Bakar Bin Mohamed Said, Jurutera Awam Penguasa Kanan, JKR Negeri Perak diarah menjalankan tugas Pengarah JKR Negeri Perak termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki berkuatkuasa pada 1 Disember 2017  sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dirujuk kepada Pengarah JKR Negeri berkenaan, terima kasih.