Date: Isnin, Januari 11, 2021

Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. roslan bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang telah ditempatkan ke Cawangan Dasar dan Pengurusan korporat, Ibu Pejabat JKR sebagai Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 1 memangku Jurutera Awam Gred Utama C berkuatkuasa pada 5 Januari 2021. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Goh Kiet Rhee diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki Ybrs. Ir. berkuatkuasa mulai 5 Januari 2021 sehingga jawatan diisi secara hakiki.