Date: Isnin, September 23, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Jalan, JKR Negeri Pulau Pinang telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang dan YBrs. Encik Sudin Bin Hasim, Jurutera Awam Kanan, Bahagian Jalan, JKR Wilayah Persekutuan Labuan  telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Labuan.

Ini termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 10 September 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan adalah dirujuk kepada  Pengarah yang berkaitan.