Date: Selasa, September 3, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Rozita Binti Mat Senapi, Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor, telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah JKR Negeri Selangor, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 3 September 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah JKR Negeri Selangor adalah dirujuk kepada beliau.