Date: Jumaat, Mei 15, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Shahabuddin bin Mohd Muhayidin, Pengarah JKR Negeri Selangor sedang menjalani rawatan kesihatan mulai 2 Mei 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Mohamad Darus bin Selamat, Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah JKR Negeri Selangor termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping manjalankan tugas hakiki berkuatkuasa mulai 13 Mei 2020 sehingga YBrs. Ir. Shahabuddin bin Mohd Muhayidin kembali bertugas semula.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah JKR Negeri Selangor adalah dirujuk kepada beliau.