Date: Khamis, September 12, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Tuan Hj. Mohd Noh Bin Karim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Bangunan, JKR Negeri Sembilan, telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah JKR Negeri Sembilan, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 19 Ogos 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah JKR Negeri Sembilan adalah dirujuk kepada beliau.