Date: Isnin, Januari 13, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Tuan Haji Noor Azman bin Ramlee telah dilantik sebagai Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan mulai 23 Disember 2019. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Azmi bin Abdul Hamid telah diarah untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 23 Disember 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah dirujuk kepada beliau.