Date: Jumaat, Julai 17, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Ir. Ruslan bin Abdul Aziz, Pengarah Kanan Cawangan Jalan telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 mulai 6 Julai 2020. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Razhiah binti Wahab, Pengarah Kejuruteraan Pakar Geometrik dan Trafik, Cawangan Jalan diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Kanan Cawangan Jalan, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 16 Julai 2020 sehingga jawatan diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Kanan Cawangan Jalan adalah dirujuk kepada beliau.