Date: Isnin, March 2, 2020

Adalah dimaklumkan, YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah ( Sektor Pakar ) mulai 20 Februari 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Haji Mohd Noor Azudin bin Haji Mansor, diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir berkuatkuasa pada 24 Februari 2020 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur adalah dirujuk kepada beliau.