Date: Jumaat, Ogos 7, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Haji Mohd Noor Azudin bin Mansor, Pengarah Kejuruteraan Pakar (Struktur) yang menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur mulai 20 Februari 2020 hingga 25 Julai 2020 telah bersara wajib pada 26 Julai 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Haji Badioezaman bin Ab. Khalik, Pengarah Khidmat Pakar (Rekabentuk), Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 27 Julai 2020 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur adalah dirujuk kepada beliau.