Date: Khamis, Mei 20, 2021

Dimaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Ir. Habbali bin Ibrahim, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dinaikkan pangkat ke Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) mulai 20 Mei 2021. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir Zulkifli berkuatkuasa mulai 20 Mei 2021 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.