Date: Isnin, Disember 6, 2021

Adalah dimaklumkan, YBrs. Sr Amran bin Haji Mohd Majid, Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) mulai 1 Disember 2021. Sehubungan itu, YBrs. Sr Haji Mohd Yusoff bin Othman diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan disamping menjalankan tugas hakiki YBrs. Sr Haji Mohd Yusoff bin Othman berkuatkuasa pada 1 Disember 2021 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.