Date: Isnin, Jun 22, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Sr Zulkifle bin Mohammad, Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan bercuti rehat pada 15 Jun 2020 sehingga 10 Julai 2020. Sehubungan dengan itu, YBrs. Sr Amran bin Haji Mohd Majid, Pengarah Kejuruteraan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 15 Jun 2020 sehingga 10 Julai 2020.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan adalah dirujuk kepada beliau.