Date: Rabu, September 30, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Alfred Sim Seck Puan, Pengarah Bahagian Penurusan Projek Kompleks Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, ibu pejabat JKR yang menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advanced Leadership and Management Programme - ALMP) Siri 67 Bilangan 3 Tahun 2020 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2020 hingga 30 Oktober 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Harjit Singh A/L Inder Singh, Pengarah Bahagian Perundingan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 2 Oktober 2020 sehingga 30 Oktober 2020.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu adalah dirujuk kepada beliau.