Date: Selasa, Julai 2, 2024

Adalah dimaklumkan, YBhg, Dato Ir Roslan bin Ismail, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuatkuasa pada 25 Jun 2024.


Sehubungan itu, YBrs. Ir. Atikah binti Zakaria @ ya diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu  Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), dimana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. berkuatkuasa pada 25 Jun 2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.