Date: Jumaat, Ogos 7, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Mohd Rahim bin Kawangit, Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR telah bersara wajib pada 10 Ogos 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Alfred Sim Seck Puan, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 10 Ogos 2020 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan Perancangan Aset Bersepadu adalah dirujuk kepada beliau.