Date: Jumaat, Jun 7, 2024

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Azizun binti Hashim, Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia telah diluluskan cuti rehat bagi mengerjakan fardhu haji mulai 27 Mei 2024 sehingga 15 Julai 2024. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Zailani Bin Nagin diarah menjalankan tugas Pengarah Khidmat Pakar Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Zailani Bin Nagin berkuatkuasa pada 27 Mei 2024 sehingga 15 Julai 2024.