Date: Isnin, Ogos 17, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Sr Ruzimah binti Othman, Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR yang menjalankan tugas Pengarah Khidmat Pakar akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advanced Leadership and Management Programme - ALMP) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2020 hingga 4 September 2020 dan seterusnya akan bercuti rehat pada 7 September 2020 sehingga 13 September 2020. Sehubungan itu, YBrs. Sr Maselawati binti Shamsuddin, Pengarah Perunding Penyelesaian Pertikaian (PPPP) (SME), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 7 Ogos 2020 sehingga 13 September 2020.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan adalah dirujuk kepada beliau.