Date: Khamis, Januari 6, 2022

Adalah dimaklumkan, YBrs. Sr Haji mohd Yusoff bin Othman, Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia bersara wajib pada 6 Januari 2022. Sehubungan itu, YBrs. Sr Raja Normawati binti Raja Ayob diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah Khidmat Pakar Ukur Bahan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pengawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan disamping menjalankan tugas hakiki beliau berkuatkuasa pada 6 Januari 2022 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.