Date: Jumaat, April 26, 2024

Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Mohammad Sharip bin Wahijan, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia akan meghadiri Kursus Advance Leadership and Management Programme (ALMP) Siri 80 Bil. 2/2024 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 26 April 2024 sehingga 24 Mei 2024. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Tuan Khusairry Bin Tuan Abdul Manaf akan menjalankan tugas Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Tuan Khusairry Bin Tuan Abdul Manaf berkuatkuasa mulai 26 April 2024 sehingga 24 Mei 2024.